Thursday, August 16, 2012

Hari yang Merisaukan dan Ceria

Salam

Hehehe hari nie 16 Ogos 2012, hari ke berapa entah kita berpuasa... Lupa pulak aq nak countdown berapa hari lagi nak raya... Kisah hari nie aq nak start dengan yang Merisaukan la... Ape yang merisaukan sangat tu ye?? Ok begini ceritanya... Aq nie pun tak faham dengan diri aq sendiri, kenapa la rasa takut sangat-sangat bila nak buat PRESENTATION, walaupun cuma dengan kawan-kawan kelas je. Plan la macam mana cantik pun sebelum presentation tu, bila time present je. Umpama setitis air yang jatuh dalam air yang tenang... Chewah bermadah-madah pulak.. 

So dari pagi kelmarin risau giler nak kena present subjek EMBEDDED SYSTEM tu. Bukan apa, aq pun tak paham apa yang aq nak present tu, memang susah la subjek tu... Dan paling aq risau kalau ada soalan yang aq kena jawab tentang presentation tu... Mau gelabah time tu... Tapi alhamdulillah la, kelmarin presentation dibatalkan... Perghhh lega dan tenang la perjalanan hariku pada hari tu...

Kisah ceria pulak bermula dari sebelum sahur la... First time la hari nie sejak bulan puasa nie aq bangun tidur pukul 3.30 pagi... Yang bestnya masa terjaga tu, tangan aq dah pengang mouse dengan laptop yang tak tutup. Memang sah aq terlelap depan Laptop semalam gara-gara nak prepare slide show untuk presentation hari nie. So terjaga je terus sambung buat slide show tu sampai sahur.... Menu sahur pulak lain dari selalu iaitu Kueytiau goreng. Ok la jugak dari makan nasi dengan Masak Lemak Udang yang bukan favourite aq. Lepas subuh je lebih kurang pukul 6.10 pagi aq dah merempit balik ke Jitra

Pagi nie aq ada kelas En Syakir iaitu untuk subjek Computer Network Fundamental... Subjek nie memang best la sebab aq dapat group dengan awek-awek comey punya... Hahaha gatai n0h... Tadak la... Yang bestnya lecturer subjek nie terlalu sempoi la mengajar... Trademark yang aq dan ahli group aq(cik faeizah dan cik kamila) akan sentiasa ingat la... 

Kat dalam lab tadi aq dan ahli group kena buat lab work yang ke 3 iaitu setup network guna broadband dan ping process... masa buat lab work nie, lec nie ada la suggest guna 1 jenis software yang ringkas tapi mudahkan kerja la untuk printscreen... Memang terbaek la software nie sebab korang boleh pilih sendiri bahagian tertentu je nak korang nak ambil dari printscreen tu. 



Gambar kecik dekat sebelah kanan tu adalah hasil printscreen yang terapung-apung je bila korang dah printscreen...  dalam lab tadi aq dengan cik pieja dok main benda nie je sambil layan lagu raya... tak larat nak gelak bila tengok hasil printscreen bergoyang-goyang dekat desktop. 

Sambil-sambil tu cik pieja update status facebook dia... Best je tengok orang-orang Hot nie update status... kejap je dah ramai orang like... Macam kita nie, update status pun umpama cakap sorang-sorang je... Tu yang malas nak online chat dekat facebook tu... Buka facebook pun main game je... 

Kelmarin jugak niat nak bagi kuih raya dekat dua orang nie dah tercapai dah... Yang pertama untuk cik faeizah... dan lagi satu untuk kawan masa dalam PBSM dulu iaitu cik blogger Giey.... Cik Giey nie akan pulang ke terangganu pada khamis... Wah ramai dah balik bercuti raya... Semoga semua selamat pulang ke rumah keluarga masing-masing... Nak ucap selamat hari raya pun rasanya nak update lagi entry khas untuk ucapan raya tu... Maybe next time ok... Dah mengantok sangat-sangat nie... Nite.... 

Sekian!!!

No comments: