Monday, August 13, 2012

Jangan Lukai Hati Mereka...


Salam,

Letih betul hari nie, dengan assignment dan kuiz pun banyak... Tiba-tiba hari nie boleh demam pulak. Mungkin antibody pun dah tak boleh nak support badan nie asyik kena sejuk panas je berulang dari Poli ke rumah mama sebulan di bulan puasa nie... Hope cepat lega la demam nie.. Tak larat k0wt... Mata nie pun rasa tak larat je buka, tapi nak tidur pun banyak sangat kerja nak kena buat... Alahai nasib-nasib...

"Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang"
"Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab"

Dua kata tersebut buat aq tertarik untuk update blog malam nie dan ada jugak kisah yang jadi dalam situasi keluarga aq nie... Ok la... Petang sebelum berbuka tadi, kali pertama aq tengok mama dan abah menitis air mata kerana kecewa dengan sikap anak-anak... Memang aq tak nafikan, kalau aq yang ada kat tempat diaorang pun mesti rasa sedih sangat bila anak-anak buat macam tu kat aq...

Entah la apa yang si anak nie fikirkan terhadap dua orang tua nie... Tak ada rasa kesian dengan simpati langsung ke??? Aq sendiri pun tak tertahan sebak bila suatu kata terbit dari mulut seorang abah, suatu kata yang bakal merubah ikatan perhubungan keluarga nie... Bukan apa, mungkin kerana terlalu kecewa yang teramat sangat bila jadi macam nie... Segala usaha kedua orang tua nie dirampas macam tu je oleh anak-anak sendiri tanpa belas kasihan, simpati dan memikirkan jasa orang tua ini terhadap mereka...

Aq dapat rasakan bertapa berkecai hati seorang ibu apabila anak-anak yang dikandungnya sanggup melakukan perkara sebegitu kepadanya... Mungkin ini dugaan yang perlu dilalui lagi oleh mama... Setelah bertahun dugaan dan kesabaran diuji buat kedua orang tua ini, hari nie berita yang mereka dapat terus gugur air mata dikala waktu berbuka puasa hampir tiba... Sedih sangat-sangat... Mama hanya diam dan terus mengalir air mata... Mungkin harapan yang diimpikan berkecai di penghujung jalan... "mama redha". Itu je yang mama katakan dan abah masih tetap dengan keputusannya.

Pada aq dalam apa jua tindak tanduk kita didunia ini, jangan lupa pengorbanan ibu dan ayah. Tanpa mereka siapa lah kita. Tanpa mereka apakah kita mampu berdiri seperti hari ini??? Tanpa mereka apakah mampu kita miliki apa yang kita ada sekarang nie... Ingat Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"

Apa yang kita berikan terhadap kedua ibu bapa sekarang pun belum cukup untuk membalas jasa mereka yang jaga kita dari kita dialam lain sehinggalah kita berada di dunia ini... Wang ringgit bukanlah sebagai pengukur untuk kita membalas jasa dan pengorbanan kita... Ingatlah wahai anak-anak, doa ibu bapa sentiasa menemani kita dalam kehidupan kita hari ini... Janganlah lukakan hati mereka semasa hayat mereka masih ada... Gunalah masa yang ada untuk membahagiakan mereka walaupun sedikit... Janganlah sehingga mereka kembali kepadaNya, barulah kita tersedar dan ingin berbakti kepada mereka...

Keinginan kedua orang tua ini hanyalah untuk keselesaan anak-anak dan cucu-cucu mereka sahaja. Bukanlah niat untuk menujuk-nunjuk dan bermegah-megah... Sebagai anak-anak, kita harus sedar dan kembali kepada jalan yang benar, janganlah terlalu mengikut hawa nafsu yang membuak-mebuak dalam diri sehingga ibu bapa sanggup diketepikan. Renungkan sedikit jasa mereka terhadap kita, mereka telah bekalkan kita dengan ilmu dan agama yang cukup untuk kita gunakan dalam kehidupan kita. Gunakan dengan sebaik-baiknya... Sedarlah wahai anak-anak... Jangan titiskan air mata kedua orang tua ini lagi... Buka la pintu hati itu sedikit untuk bahagiakan mereka....

Maaf kalau ketelanjuran kata-kata diatas.. Sekadar meluahkan kekecewaan dan kesedihan mama serta abah disini... Bulan baik dan Hari Raya yang akan menjelma, diharapkan jangan dicemari dengan mood yang suram dan sedih... Harapan mama dan abah jangan dihancurkan dengan nafsu dunia...

Sekian!!!