Thursday, August 9, 2012

Semua tinggal Kenangan...

Salam,

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menaip disini... Sekejap je bulan ramadhan akan meninggalkan kita kan?? tinggal beberapa hari je lagi syawal pulak yang akan tiba... YES dapat jugak aq update blog nie untuk malam nie. Semalam memang nak update dah tapi disebabkan terlalu penat dan assignment yang melambak so terpaksa la ditunda ke hari ini. Kelmarin aq ada la pergi hantar kuih samprit yang ditempah ke rumah ex Chenta Hati Aq yang dulu. Hehe tiba-tiba masa tengah berborak kosong dengan dia timbul pulak rasa lain macam bila bercakap dengan dia... Rasa yang dah lama hilang dalam hai nie... So malam tu(semalam) aq mesej dia macam biasa la. Macam-macam la topik yang kami berborak, antaranya tentang New Boyfriend dia la... Mama dia tak suka la pulak Cinta Baru dia tu... Tapi mama dia pulak suka aq?? Hehe macam tak percaya je rasanya... Tengok je la SMS kat bawah nie....

"Mama pun dah mula suka" terbaik la ayat nie..

Aq nie nak kata rapat sangat dengan family ex tu tak ade la sangat, tapi selalu time dia buat open house, aq
wajib ada... Tak pernah lagi rasanya terlepas beraya dekat rumah dia. Tersenyum dan rasa sedih jugak bila baca sms nie... Dua perasaan bercampur aduk samada gembira dengan mama si dia yang dah mula bagi ruang untuk hubungan kami, Dan rasa sedih sebab sms tu hadir dikala aq dan dia sekadar KAWAN sekarang... Nasib la kan??? Hubungan sekarang nie rasanya lebih baik dan seolah-olah kami masih di alam persekolahan. Rasa best sangat. Cuma tak la seindah dulu sebab dulu hari-hari aq akan dapat sms dari dia walaupun sekadar ucapan Selamat Malam. Sekarang tak ade dah... Tak ape la. Yang penting dia dah bahagia dengan orang yang sayangkan dia... 

Raya nie target aq nak beraya di rumah dia nak makan laksa Sarawak... Hehe selama beberapa tahun nie beraya dekat rumah dia. Tak pernah rasa lagi masakan mama dia tu. Tahun nie mesti kena rasa jugak. Nak update tentang kuih makmor yang baru je buat. Tapi penat la pulak+mengantok la.... Esok-esok je la... Gudnite.... Daaaa

Sekian~~~
Post a Comment