Saturday, September 1, 2012

Terima Kasih Yu...

Salam,

Minggu nie lambat sikit nak update untuk entry terbaru, terlalu sibuk diri ini dengan macam-macam kerja dan aktiviti di Politeknik... Apa-apa pun syukur alhamdulillah, hari sabtu nie dapat jugak aq update untuk kisah aq dan rakan facebook nie... Sebelum nie rakan facebook aq tu iaitu cik nurul shaidatul(Yu) ada menghantar sms mengatakan yang dia nak hantar barang dekat aq... Kalau tak silap rasanya kopiah k0t... So aq pun bagi la nama penuh serta alamat rumah mama aq. Minggu lepas aq terima bungkusan daripada POS LAJU... Bila tengok alamat dan nama pengirim dari Kelantan, memang sah cik Yu nie yang hantar... Hehe yang herannya bila pegang bungkusan tu, berat semacam je... Cik yu nie cakap nak hantar kopiah je... Bila dah buka je bungkusan tu, rupanya bukan kopiah tapi kuih simpulan kasih... Patut la berat semacam je.. Banyak jugak cik Yu nie hantar..



Hehe cuba tengok kat gambar ke-2 tu, macam hancur je kan?? biasa la pos laju.. Bungkusan campak-campak je.. Tak kisah la, yang penting kuih nie selamat sampai di tangan aq... Terima Kasih banyak Cik Yu atas penghantaran jauh dari Kelantan... hehe insyaallah nanti akan berbalas lepas nie... Lama sungguh tak jumpa dengan Cik Yu nie sejak sebelum cuti semester hari tu... Tak apa la, nanti bila Cik Yu dah balik ke Kedah, boleh la jumpa dekat kedai Siam yang selalu kita makan bersama tu... Hehehe itu sahaja untuk dikongsikan dalam entry kali.. Nanti akan di-update tentang "Minggu Terakhir Yang Terindah Bersamamu" khas untuk si dia...

Sekian!!!!

No comments: