Saturday, September 22, 2012

PTSS & Lawatan ke UNIMAP... :)

Salam,

Minggu nie agak penat la dengan aktiviti di Politeknik pada hari rabu dan khamis. Selama dua hari nie aq berada di Perlis je dengan kawan-kawan. Jom aq story untuk hari rabu dulu... Pada pagi rabu tu cuaca nampak cukup cantik dengan langit pun cerah je.... hehe so macam biasa la aq bangun dan bersiap la untuk ke kelas En.Syakir sebab ada kuiz pagi tu. 

Lebih kurang jam 7.30 pagi je, tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Aq dah risau dah takut tak dapat pergi ke kelas pagi tu... Tunggu punya tunggu sampai la jam 7.50 pagi hujan tak reda-reda jugak. Kebetulan kawan sekelas aq Faeizah ada singgah rumah sewa aq pagi tu so aq pun tumpang dia je la pergi kelas pagi tu. Lega sangat bila dapat ambil kuiz pagi tu, bukan apa, aq tak suka tangguh-tangguh kalau bab kuiz & test nie.. takut ada masalah pulak nanti... 

Petang tu dalam pukul 1.15, semua pelajar DEP bertolak ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) untuk kelas lab fiber optic. Hehe lama la jugak nak siapkan lab yang ke-4 tu. Lebih kurang jam 5 petang baru la bertolak pulang dari PTSS. Sampai je rumah memang terasa penat yang teramat sangat la. Dengan sakit kepala teruk, rasa macam nak tidur terus je petang tu... Tapi tak elok la tidur lepas asar dan dekat-dekat magrib macam tu. 

Time magrib je aq dapat sms dari Faeizah. Serius terlupa yang dah janji nak keluar & siapkan soalan math tu sama-sama... So malam tu keluar jugak la jumpa dan siapkan soalan math tu di kedai makan Mahani Johari. Hehe selama aq tinggal dekat rumah sewa tu, tak pernah perasan langsung nama kedai tu... Pening jugak la nak mencari malam tu... So jam 8.30 malam kitaorang start study sampai la jam 11 malam baru selesai soalan math tu.. Memang mencabar kepala otak betul la... 

Keesokan pagi iaitu khamis(20/09/12) ialah 1 hari yang boleh dikatakan padat jugak la dengan aktiviti. Pagi tu semua kawan-kawan rumah sewa aq masih diselubungi selimut sebab hampir kesemuanya dah plan tak nak pergi ke UNIMAP bersama pensyarah untuk lawatan tentang IC Fabrication & Clean Room... Yang aq nie 50-50 je nak pergi ke tak pagi tu... Fikir punya fikir tup tup Faeizah & Kamila sampai kat rumah sewa aq.... 

Waktu study math malam semalam, diaorang pun macam aq jugak, 50-50 je nak pergi ke tak ke UNIMAP tu... Last-last pagi tu diaorang cakap jadi pulak nak pergi... Bukan apa takut tak ada wakil dari kelas kitaorang, mengamuk pulak lecturer yang mengajar subjek IC tu... So aq pun jadi pergi jugak la, at least tak la nampak tak ramai sangat yang tak pergi pagi tu... Kelam kabut jugak la pagi tu, dengan assignment math yang nak kena hantar, moto aq pulak kena block dengan moto kawan-kawan lain, dengan tak mandi lagi pagi tu... Hehe memang susah nak percaya la apa yang jadi pagi tu... Aq nie kategori slow la dalam menyiapkan diri dan buat kerja pa pe pun... tapi pagi tu, dari mana datang semangat ntah sampai segalanya aq dapat siapkan dan sampai di parking bas dlm masa 25 minit je.... 

Hampir jam 9.00 pagi baru bas bertolak dari poli aq ke UNIMAP... dalam bas "menyesal aq kelam-kabut tadi". hahaha sampai nak beli breakfast pun tak sempat... Lapar la jugak bila penat-penat nie... Macam tau-tau je aq lapar, tup tup ada kuih datang dari seat blakang aq. Thanks pija sudi share breakfast dgn samprit ungu... Dalam bas memang bosan jugak la sebab duduk sorang-sorang je... student yang pergi pun cuma 8 orang termasuk aq iaitu 3 orang students india(lelaki), 4 orang lagi students perempuan iaitu Wawa, Azira, Faeizah & Kamila... Aq je students lelaki melayu yang ada pun... 

Gambar-gambar untuk lawatan nie mintak maaf ler tak dapat nak diuploadkan. Banyak gambar yang diambil oleh pensyarah UNIMAP tu tapi aq tak dapat nak search lagi la FB dia... Gambar masa dekat masjid terapung Kuala Perlis pun tak sempat nak ambil dari Cik Kamila nie... Insyaalah akan di-edit post nie lepas dapat gambar-gambar... Hampir jam 4.00 petang jugak la sesi lawatan tamat dengan lawatan ke Bilik Bersih(Clean Room) & Lab Analysis Failure(analisis kegagalan) di Kuala Perlis dan sesi bergambar bersama semua pelajar, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Staff dari UNIMAP

UPDATE(28/09/2012)
 Nie update sedikit entry diatas... Sedikit gambar semasa lawatan dari Cik Kamila.. hehe

Photo by Samprit Ungu...

Hehe Photo by wawa...

Hehe dari kiri: Azira, Faeizah, Aq, Kamila dan Wawa...

Berlatar belakangkan masjid terapung kuala perlis.. photo by lec UNIMAP.


Memang suatu kenangan dan pengalaman yang menarik la sepanjang hari tu... Rugi je kawan-kawan yang tak join pergi ke sana... Apa-apa pun kenangan tu aq abadikan disini sebagai salah satu kenangan manis sepanjang aq di Politeknik.
Sekian nukilan buat kali ini.. Thanks for reading....

Sekian!!!

No comments: