Monday, September 3, 2012

"Minggu Terakhir Yang Terindah Bersamamu"

Salam,


Minggu yang terindah aq rasakan apabila sepanjang minggu lepas, masa aq sentiasa bersama si dia disaat-saat akhir si dia di negeri Kedah ini.... bagi aq saat-saat begini adalah sukar untuk aq dan si dia lupakan ditinggalkan waktu, "seperti debu yang hilang ditiup angin".... Terlalu indah untuk kenangan kami bersama, walaupun sukar untuk kami bertemu antara satu sama lain, namun kalau itu sudah takdirNya. Tiada apa yang dapat menghalang untuk kami terus berhubung...  SMS dan Skype adalah medium perhubungan kami disamping beberapa pertemuan sehingga yang terakhir iaitu hari khamis lepas(30/8/2012).... Saat-saat kami bersama banyak dihabiskan dengan berborak tentang kenangan masa bercinta dulu, kawan-kawan, boyfriend(bf) baru si dia, dan macam-macam lagi la... Gurau senda nie memang selalu la terutama bila Skype, ada je perkara yang akan buat masing-masing ketawa... Susah nak digambarkan perasaan gembira apabila bersama, rasanya seperti kami masih lagi bersama seolah-olah masa bercinta dahulu... 

Memang tak dapat dinafikan la, selama hampir 7 tahun perkenalan sejak kami di alam sekolah menengah dahulu, terlalu banyak kenangan yang aq dan dia tak akan dapat lupakan. Sejak form 1 lagi kami telah kenal sebab masa tu kami belajar di kelas yang sama sehingga la form 2... Form 3 hubungan kami menjadi  lebih akrab lagi kearah rakan karib... Apabila melangkah ke alam menengah atas (Form 4). Hubungan rakan karib menjadi lebih rapat lagi dan aq sering menjadi tempat perkongsian masalah si dia...  Kemesraan yang terjalin antara kami tidak terhenti disitu, tetapi terus erat melalui percintaan yang dibina atas ikatan persahabatan... 4 Mac 2009 adalah tarikh yang pasti tidak dapat kami lupakan... Pada jam 10.30 pagi di kelas 5 Sains 1, aq meluahkan apa yang terbuku di hati ini... Terlalu banyak kenangan bersama untuk aq coretkan disini... Biarlah yang selebihnya menjadi kenangan abadi yang akan sentiasa terpahat di hati kami sebagai Cinta di alam persekolahan... Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad adalah saksi perhubungan kami... Segalanya telah menjadi suatu kenangan yang paling indah dan tidak mungkin dipadamkan dari memori hati ini.... 

Kini si dia telah berada jauh di sana, jauh meninggalkan aq untuk mencapai cita-cita dan impian dirinya serta kedua ibu bapanya... 3 tahun disana mungkin akan menjadi suatu titik tolak dalam perhubungan aq, dia dan bf baru dia... 2/9/2012( 8:07 pagi) aq ada dapat sms dari dia yang bf baru dia seolah-olah nak putuskan hubungan diaorang yang masih belum beberapa bulan bercinta... Mungkin rasa tekanan agaknya bila baru hendak bercinta dan bermesra, si dia telah jauh meninggalkan bf baru dia untuk menyambung pelajaran... Si dia seolah-olah tidak berasa menyesal dan sedih apabila bf barunya kata macam tu sebab dia dah sedar yang tujuan sebenar dia ke sana... Pada aq keputusan yang tepat la sebab bf bukan penjamin masa depan tapi memenuhi kehendak keluarga adalah yang sebaiknya... 

Sepanjang minggu terakhir aq bersama si dia hampir setiap malam aq online skype dan facebook semata-mata untuk berborak dan bergurau dengan si dia... Hari selasa pagi (28/08/2012) adalah tarikh yang paling aq akan ingat selama kami berhubung, aq dan dia menghabiskan masa bersama bila aq pergi berjumpa dengan si dia... 45 minit pertemuan kami itu bagi aq terlalu indah buat kami... Semasa pertemuan kami, segala barang yang pernah si dia pulangkan masa putus hubungan dahulu aq pulangkan kembali dengan harapan si dia akan ingat akan aq disini... Jika si dia membaca entry ini pasti si dia akan tersenyum mengenangkan saat-saat yg cukup indah bersama... (29/08/2012) kami cuma berhubung melalui sms sahaja sebab aq tak dapat balik ke rumah mama... Hujan pun agak lebat pada sepanjang hari tu... Si dia mula dibuai rasa sedih dan sayu bila mengenangkan saat-saat terakhir berada di rumah... Biasalah, 20 tahun tak pernah berpisah dengan mama papa si dia, kali nie si dia akan meninggalkan orang-orang yang rapat termasuk aq, pasti tak akan terlepas dari perasaan yang bermain di hati... 

(30/08/2012) hari terakhir aq dan dia bersua muka... Jam 1:10 petang, selepas habis kelas Embedded System, aq terus pergi berjumpa dengan si dia untuk kali terakhir, si dia ada memberikan Panda yang aq letakkan di fon nie... Semasa pertemuan terakhir tu, kami saling berpesan antara 1 sama lain dan antara pesanan si dia "Tunggu si dia balik"(aq gunakan kata ganti la.. mana boleh bagitau aq panggil apa kat si dia... hehe)... Semasa nak balik tu, aq memang tak pandang muka si dia sebab aq tau si dia mesti akan menangis lepas aq bergerak balik... Sms menjadi peneman sepanjang hari itu... Hari nie dah (03/09/2012) si dia telah memulakan minggu orentasi di sana... Setiap hari selepas jam 11 malam kami pasti akan sms sekejap melepaskan kerinduan masing-masing sehingga si dia tertidur... 

Bagi aq tak pernah rasa rindukan sesorang sehingga tahap macam nie, kalau boleh nak je dengar suara si dia setiap saat... 3 tahun di sana, memang suatu tempoh penantian yang lama buat aq disini... Jika ada kesempatan bertemu lagi selepas ini, pasti saat (28/08/2012) pasti akan berulang untuk melepaskan kerinduan bersama... Pesan terakhir itu menjadi ingatan setiap detik yang berlalu, aq pasti akan tunggu, pasti tunggu... Harap pesan aq jugak akan dijadikan ingatan buat si dia, jaga diri elok-elok kat sana, fokus study elok-elok dan pilih kawan yang baik.... Panda di fon nie akan menjadi pengubat rindu aq bila tiada sms darinya... Nanti kita coretkan lagi kenangan jarak jauh ini lagi dengan cara kita.. Selamat menempuhi dunia baru di sana... Maaf entry kali nie terlalu panjang dan membosankan, ini sekadar kenangan dan coretan saat-saat terindah buat seseorang yang berada di ingatan ini... Insyaallah akan cuba diperbaiki cara tulisan yang lebih menarik... Thanks for reading... ^_^

Sekian!!!

No comments: