Monday, September 17, 2012

Hubungan Jarak Jauh(Couple In Love)

Salam,


Rasanya entry kali nie lain dari lain sikit sebab kali nie aq rasa nak bincangkan tentang perhubungan jarak jauh. Apa itu hubungan jarak jauh?? Percintaan jarak jauh or persahabatan jarak jauh... Macam mana hubungan jarak jauh tu ye??? Adakah hubungan sebegitu mampu berkekalan untuk suatu tempoh masa yang lama?? Ok jom kita bincang satu per satu... Contoh dalam situasi nie orang bercinta la(Couple)... Orang bercinta nie kebanyakan mesti la nak berada disamping orang yang tersayang... Betul kan?? tapi bila tiba suatu keadaan yang memisahkan antara satu sama lain seperti tempat kerja yang di negeri yang berbeza, berpindah ke negeri yang berlainan dan belajar di IPT/Universiti yang berbeza dan jauh antara satu sama lain pasti akan merubah keadaan sesuatu perhubungan. Perkara pertama yang paling penting dalam perhubungan jarak jauh nie ialah,

KEPERCAYAAN. 
Kepercayaan adalah asas yang paling penting dalam membina suatu perhubungan... Boleh ke kita membina hubungan tanpa ada rasa kepercayaan sesama pasangan?? Mustahil bukan.. Kalau kita dah mula menyayangi pasangan kita pasti sifat percaya itu akan wujud diantara kita dengan pasangan. Begitu jugak dalam menjalani perhubungan jarak jauh nie, kepercayaan antara kita dan pasangan amat penting untuk memastikan tidak akan timbul syak wasangka dan konflik yang mungkin bakal mengeruhkan hubungan... Kepercayaan yang dibina juga adalah berdasarkan rasa cinta dan sayang kita terhadap  pasangan. Apabila wujud dua element penting ini maka kepercayaan juga pasti akan diberikan dengan sepenuh hati diantara satu sama lain...

JUJUR & KESETIAAN 
Kedua-duanya adalah sifat yang paling diperlukan disaat hubungan jarak jauh ini terjalin kerana apabila kedua-dua berjauhan, pasti akan ada dugaan yang mendatang dalam menguji kejujuran kita mahupun pasangan... Sebagai contoh, semasa hubungan jarak jauh, kita didatangi oleh insan lain yang cuba memainkan peranan seperti pasangan kita. Si dia mengambil berat dan cuba rapat dengan kita dikala pasangan kita jauh disana... Disaat ini sebenarnya kejujuran & kesetiaan kita sedang diuji samada mampukah kita untuk terus setia pada pasangan kita yang jauh disana atau mengmbil kesempatan dengan curang bersama si dia yang cuba menambat hati kita... Oleh kerana itu, kejujuran dan kesetiaan terhadap pasangan adalah amat penting bagi menguatkan hubungan meskipun pasangan kita jauh disana... Sekiranya kita memilih untuk curang pada pasangan kita, fikirkan bahawa, perkara yang sama jugak tidak mustahil untuk terjadi pada diri kita... Awas!!!

SENTIASA BERHUBUNG 
Ini adalah kunci kepada sesuatu hubungan jarak jauh ini kerana dengan cara ini pasti akan membuatkan hubungan yang terbina akan terus erat dan kukuh walaupun masa dan tempat menjadi penghalang untuk kita bersua muka. Dengan teknologi yang semakin maju telah membuatkan perhubungan kita menjadi lebih mudah walau di mana kita berada. Contoh mudah ialah Facebook atau Skype... Medium perhubungan ini sememangnya popular dikalangan remaja mahupun orang dewasa kerana memudahkan perhubungan walau dimana kita berada... SMS juga mampu menghadirkan rasa Cinta dengan kata-kata romantis bagi menghargai pasangan kita... Cukuplah dengan ucapan "saya rindukan awak" pasti akan membuatkan dirinya sentiasa diingati oleh pasangannya... Tiada alasan untuk katakan Tidak untuk menghubungi pasangan kita kerana dengan medium sedia ada ini pasti akan dapat mengubat sedikit kerinduan antara kita dan pasangan.... Jika inginkan perhubungan menjadi lebih bermakna dan sentiasa segar... Berutusan surat adalah cara yang terbaik, dengan tulisan tangan dan luahan isi hati kita terhadap pasangan... Pasti akan meninggalkan suatu kesan yang mendalam dan akan sentiasa diingati serta tersimpan sebagai setiap kenangan yang terindah...

REDAKAN SIFAT CEMBURU. 
Sifat ini adalah normal bagi pasangan yang bercinta kerana kata orang "cemburu itu tandanya sayang" tapi awas, kalau berlebihan begini pulak jadinya "kerana cemburu cintaku melayang"... Tidak salah untuk mempunyai perasaan sebegitu terhadap pasangan cuma dikhuatiri apabila terlalu cemburu yang berlebihan akan menyebabkan pasangan menjadi tertekan dengan sikap kita... Sebagai pasangan yang meletakkan kepercayaan pada pasangan kita, seharusnya sifat cemburu ini perlu diminimum terhadap pasangan kita... Bukan apa, apabila perhubungan jarak jauh nie, jika berlaku pertelingkahan diantara kita terhadap pasangan, sudah tentu sukar untuk menyelesaikan masalah dan konflik yang timbul kerana perjumpaan dari mata ke mata adalah cara yang terbaik untuk berbincang dan menyelesaikan masalah.... Oleh itu, perkara sebegini perlu dititikberatkan bagi mengelakkan dari terjadinya konflik.

MEMAHAMI PASANGAN ANDA. 
Perkara utama dalam memahami pasangan anda nie adalah, keadaan pasangan disana. Sebagai contoh seorang mahasiswa. Seperti yang kita tahu, aktiviti sebagai mahasiswa/mahasiswi nie memang penuh dengan aktiviti seperti kuliah, kokurikulum, dan lain-lain lagi... Oleh itu kita sebagai pasangan perlu memahami keadaan pasangan kita. Kadang-kadang cuma dengan panggilan tidak dijawab telah mencetuskan pergaduhan. Cuba kita berfikiran lebih luas dari biasa untuk situasi tersebut, mungkin pasangan tersebut masih ada kuliah, mungkin ada ujian, mungkin tengah mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Jika kita sayang akan seseorang, hindarkanlah hati daripada membuat andaian negatif pada orang yang kita sayang. Cuba fahami keadaan pasangan kita yang mungkin sedang menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut. Apabila perasaan saling memahami ini ada dalam hubungan kita, sudah tentu pertelingkahan sesama pasangan dapat dielakkan bagi menjalinkan hubungan yang lebih ceria dan harmoni.

MENDOAKAN YANG TERBAIK.
Doa adalah suatu perkara yang paling baik untuk kita lakukan... Mendoakan yang terbaik buat pasangan kita adalah ibarat hadiah yang paling bermakna buat si dia... Mungkin dalam keadaan yang dipisahkan dengan jarak dan masa yang membataskan untuk kita bertemu, namun begitu insyaallah dengan mendoakan yang terbaik untuk pasangan dan hubungan yang dibina mungkin akan memberi manfaat buat kita dan si dia... 


Rasanya cukuplah setakat itu saja coretan dan perkongsian buat tatapan bersama... Segalanya adalah cetusan idea diri ini dan seseorang yang berada jauh disana... Sekadar berkongsi apa yang dirasakan bersama... Terima Kasih kerana sudi membaca.. Setakat itu sahaja coretan untuk kali ini... Maaf andai ada silap dan salah dalam penulisan... 

SEKIAN~~~

No comments: