Tuesday, September 18, 2012

Drama Naziha, Adam & Hawa serta celotehanku... ^^

Salam,




Mesti ramai yang dah layan cerita Adam & Hawa yang disiarkan di Astro Mustkia HD. Hehe Ramai jugak yang cakap cerita nie best so disebabkan itu jugak la aq pun layan jugak cerita nie... Setakat yang aq tengok sampai episod 12 je, alhamdulillah memang best la. Tak tau la berapa episod keseluruhan... Rasanya 80 episod. Antara watak dalam cerita ini ialah Adam Mukhriz(Am) yang berusia 27 tahun dan merupakan seorang pilot, Ain, seorang pelajar yang sedang menuggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan berkerja sebagai seorang guru ganti di tadika milik kakak Adam, Dee, seorang wanita dari keluarga yang kaya, seorang yang tergila-gilakan Am. Itu antara watak utama dalam cerita nie la. Watak-watak lain korang layan sendiri la dulu cerita nie... Confirm best...  

Setakat episod 12 nie, bagi aq cerita nie memang penuh dengan perasaan la, ada jugak lucunya, romantis, hubungan kekeluargaan dan Chentaa. Hehehe layan abes la... Dengan lagu tema Muara Cinta nyayian Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz AF nie memang cukup indah la. Aq dah suka giler dengan lagu nie. Hehe hari-hari mesti layan la... Lirik yang cukup mendalam maksudnya. Jom layan sikit lirik lagu nie "Demi Cinta dalam hatimu, kuyakin engkau untukku, meski jejak pisahkan kita, Cintakan bawa kembali....padamu". Memang dah jatuh cinta dah dengan lagu nie.... Bila dengar je, teringat pada orang yang jauh disana... Back to da story, cerita Adam & Hawa nie aq download je dekat website Teamhanna nie... Biasa la rumah mama aq tak langgan pun pakej mustika, so ape gunanya internet kalau setakat buka facebook je kan?? So balik hujung minggu je kerja aq mendownload je la cerita yang best. Insyaallah nak layan sampai abes la cerita nie dan nak cari jugak Novel Adam & Hawa nie.... 

Cerita kalau dari novel nie selalnya orang cakap tak cukup best daripada dalam novel tu.... Bagi aq pun setuju jugak dengan kata-kata tu... Biasa la, kalau semuanya ikut jalan cerita novel je better tak payah buat drama, mesti orang yang dah baca novel akan tahu la ape yang akan jadi seterusnya. Contohnya dalam novel-->>Hero selamat dari kemalangan, bila sembuh terus kahwin dengan kekasih hati(happy ending). Dalam drama pulak-->> Hero kemalangan, darah beku dalam otak, memerlukan pembedahan segera, koma lepas pembedahan, nazak dan sempat jumpa kekasih hati cakap "saya mencintai awak selamanya" and then mati... Yang si perempuan nie pulak sedih lama giler sampai la terjumpa orang yang dapat mencuri  hati dia dan last sekali kahwin (happy ending too). hehehe bukan niat nak mengutuk or menyindir.. Tapi kadang-kadang sedar tak kita tema / jalan cerita drama melayu nie sama je... yang nak tukar pun pelakon, rumah dan skrip. 

Kereta kalau mewah BMW 5 Series dengan Mercedes... kan best kalau ubah je macam nie orang kaya-kaya, rumah ok la besar pun.. tapi dekat kereta bagi naik kereta kancil secondhand je... Perghhh orang akan ingat Drama tu sampai bila-bila punya... hehehe kadang-kadang dah bosan dengan jalan cerita yang sama je... "Ermm projek di UK tu boleh untung 4-5 Juta tu". Hehehe tapi biasa la, kita semua nie cerita macam nie yang suka layan jugak kan??? tambah-tambah handsomenye pelakon lelaki tu, sexy la pelakon wanita tu... Lepas tu masing-masing mula la berangan kan best dapat pakwe romantik macam tu, kan best dapat awek yang caring macam tu... Hehe sama la dengan aq nie pun, kadang-kadang macam tu jugak... Layan je... 




Hari jumaat lepas, telah berakhirnya Drama di tv3 pada setiap jumaat jam 9.00 malam iaitu Naziha... Drama 13 episod nie memang aq layan abes la hari jumaat malam, tapi ada jugak la terlepas 1-2 episod sebab terlupa dan berebut channel dengan ahli keluarga yang lain. Cerita nie aq start tengok dari episod 1 lagi, memang agak menarik jugak untuk aq terus layan cerita nie sampai abes... Dari segi plot cerita ada sedikit kureng la. Ending pun kurang menarik sangat la... Watak-watak dalam nie pulak ialah Naziha, kekasih Adam, dipaksa berkahwin dengan Farouk setelah Adam meninggalkan kampung 3 hari sebelum perkahwinan mereka, mencintai Adam dengan sepenuh hati. Adam, seorang yang mencintai Naziha, jujur, setia dan sanggup berkorban untuk Naziha, Emaknya dan Akmal. Akmal, sepupu kepada Adam, seorang anak orang kaya dan penuh kehidupan sosial, jatuh cinta kepada Naziha. Farouk, seorang anak orang kaya jugak, ingin memiliki Naziha, sangat bencikan Adam, bekas suami Naziha. Nak rujuk sinopsis boleh klik sini -->>Sinopsis Naziha.

Hehe antara sebab utama aq layan drama nie, aq suka watak Naziha dalam cerita nie... Rasa cute sangat-sangat la, time yang pakai tudung tu lagi la nampak cantik sangat... Hehehe apa-apa pun orang kat dalam hati nie lagi cantik la... Pelakon tu mungkin cantik tapi orang berjaya mendapatkan tempat dihati nie semestinya orang tu lebih istimewa kan??? Admire tak semestinya Cinta dan Cinta pulak adalah Tetap.... hehehe so menyayangi orang yang dicintai adalah keutamaan dan orang yang admire adalah hiburan... Beza & betul kan??? Aq pun tak tau kenapa rasa nak merepek je sekarang nie... Sorry kalau entry nie membosankan... Sekadar menghilangkan rasa bosan dan menghilangkan tekanan dalam study je... Terima kasih kerana sudi singgah dan baca celoteh coretan hati nie... Setakat itu sahaja buat kali nie... 

Sekian!!!!

No comments: