Saturday, October 27, 2012

Aidiladha... Raya oh Raya...


Salam, 

hari nie dah 27 oktober 2012, hari raya kedua... hari nie mama aq ada la join untuk buat korban tahun nie dengan orang-orang kat taman nie.... Aktiviti hari nie agak sibuk jugak la macam semalam jugak... tapi sibuk aq nie dengan my bro je, layan AXN je The Voice season 3 sambil download lagu kat internet... Entry nie pun nasib je ada masa sikit malam nie untuk update, kalau tak nampaknya berhabuk la blog kecik nie... hehe

kelmarin seharian jugak la beraya... pagi tu macam biasa la aktiviti tradisi family, pergi sembahyang raya, lepas balik dari masjid kitaorang akan breakfast bersama sebelum salam dan bermaafan... hehe sebelum balik kampung tu, sempat la aq dan adik aq menggedik(wink3) kejap... hehehe

My sis dgn family

Samprit Ungu & adik

My Adek


Posing2... haha

Santai je

Poyo je... haha

Dah selesai bersalam, aq dan family mula la bertolak pulang ke kampung... raya haji nie berbeza sikit la aktiviti.. selalunya kitaorang akan ziarah kubur dulu bila sampai kat kampung tapi disebabkan raya haji nie jatuh pada hari jumaat dan kitaorang pun sampai kampung pun da dekat waktu tengahari so tak jadi la nak ziarah kubur sebab tak sempat... Lepas je selesai solat jumaat aq, akak dan adek terus balik ke rumah mama balik, tinggal mama dengan abah je dekat kampung lagi.... 


Sampai dekat rumah mama je terus masuk dapur, tu la... Mak long dah suruh makan dulu lepas balik dari sembahyang jumaat tapi dah kelam kabut nak balik rumah mama so tak sempat nak makan... Lepas je makan akak aq ajak pergi Giant Alor Setar cari Shelf untuk letak decoder astro sebab Tv dah ubahsuai letak dekat dinding... Ramai jugak orang time raya nie pun dekat Giant... Tapi biasa la raya haji so tak terasa sangat suasana raya nie... 



Keupat daun buluh versi daun palas

Raya style...

Mangsa kecederaan.. Jatuh bilik air... Keadaan: bibir luka...

Mia Umairah

3 Sepupu

Peminat setia Hantu Kak Limah
Tak larat nak menaip panjang-panjang dah entry kali nie.. cukuplah sekadar berkongsi sedikit keceriaan suasana Aidiladha bersama family terchenta... Esok dah nak balik rumah sewa... alahai rasa malas mula datang kembali... Terima kasih sudi membaca... 

Sekian!!!!


No comments: