Tuesday, October 30, 2012

Sekadar Luahan...


Salam,

Mungkin aq agak terlewat dalam sesuatu perkara namun pada aq masih belum terlewat untuk aq meluahkan apa yang terbuku di hati kecil ini... Rasa Cinta sememangnya suatu rasa yang cukup indah untuk dikenang buat aq yang pernah melalui detik-detik indah itu semasa alam remaja yang masih mentah dalam mengenali erti kehidupan yang sebenar. Suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Suatu perkongsian perasaan bersama orang yang kita sayangi dan suatu perasaan yang inginkan diri ini dicintai dan disayangi... Permulaan kepada sebuah percintaan ialah persahabatan dimana akan lahirnya suatu rasa sayang dan ingin melindungi antara satu sama lain... Disaat ini sedikit demi sedikit perasaan itu akan menimbulkan bibit rasa yang seterusnya membawa kepada sebuah perasaan yang jauh lebih mendalam... Rasa yang ingin lebih menyayangi dan disayangi, rasa cemburu yang semakin serius, rasa kerinduan yang teramat dikala berjauhan... oh Cinta... suatu rasa yang tak dapat aq ungkapkan maksudmu dengan kata-kata...

Lelaki, kadang-kadang mereka ini sukar untuk meluahkan perasaan yang terpendam di hati mereka dek kerana ego yang menggunung, rakan-rakan yang mengejek jiwang dan sifat malu yang menebal... Mereka juga sebenarnya takut untuk meluahkan perasaan kerana takut perumpamaan bagai "langit dengan bumi" dan "ukur baju dibadan sendiri" akan kedengaran seolah-olah mematahkan semangat dan keinginan diri mereka... Cinta itu bukanlah sekadar rupa paras, dan harta semata-mata kerana itu adalah suatu perasaan yang sementara sahaja... pabila rupa paras ditelan masa yang meninggalkan kita dan harta yang semakin berkurangan maka akan pudarlah dan akan berakhirlah Cinta tersebut... Lelaki yang mencintai seseorang itu kadangkala tidak akan menunjukkan perasaan itu dengan ungkapan "saya cintakan awk" / "I love you". Tapi dengan perhatian dan tingkah lakunya sahaja mungkin bagi seorang wanita itu untuk memahami akan dirinya sedang dicintai... Bukti perasaan cinta itu bukanlah dengan hadiah pada hari ulangtahun perhubungan, janji yang dipatrikan, ucapan selamat hari lahir tapi cukuplah dengan sepenuh perhatian yang diberikan untuk kita dikala susah dan senang... Sesungguhnya Cinta seorang lelaki yang ikhlas itu adalah suatu anugerah yang sukar ditemui buat wanita yang inginkan sebuah percintaan yang tulus dan suci...

Wahai wanita, anda telah diciptakan dengan penuh sifat penyayang, lemah lembut dan sabar yang melengkapi segala kekurangan yang ada pada lelaki. Kesempurnaan adalah keinginan setiap insan di dunia ini dalam setiap perkara termasuklah dalam mencari pasangan hidup... Lelaki inginkan wanita yang cantik, baik, dan solehah untuk dijadikan isteri, begitu jugalah dengan si wanita yang ingin mencari lelaki yang soleh untuk membimbing dirinya, penyabar dan penyayang... Tapi segala ciri-ciri itu perlulah kita lihat pada diri kita dahulu.... Inginkan yang solehah, apakah kita sudah menjadi lelaki yang soleh?? Ingin yang penyabar, apakah diri ini sudah lengkap dengan sifat tersebut?? Apabila terlalu mencari kesempurnaan pastinya itu hanya sia-sia kerana kita diciptakan dengan segala kekurangan, kekurangan yang bakal diisi oleh orang yang telah ditentukan buat kita... 

Dalam kehidupan dunia hari ini sukar untuk mencari lelaki / wanita yang baik dan ikhlas. Jika kita inginkan seseorang yang ikhlas menjadi teman hidup kita, ikhlaskanlah hati dan diri kita dahulu. Peganglah pada kata setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya... Sedarlah bahawa setiap tindakan itu merupakan cermin pada diri kita, ingin yang baik, lakukan perkara yang baik. Begitu jua sebaliknya.... Manusia pada hari ini kebanyakan lemas dibawa arus dunia yang semakin jauh dari kehidupan yang sebenar... Ini hakikat yang sebenar jika kita menghayati perjalanan kehidupan kita... Banyak perkara yang hanya sia-siakan kehidupan di dunia ini terjadi... Kata-kata ini aq coretkan sebagai perkongsian buat tatapan bersama dalam mencari si hawa yang akan memiliki hati Samprit Ungu... Semoga dipertemukan.... 

Sumber inspirasi: Movie HACKS...

Berkawan itu tidak semestinya bercinta

Menyayangi itu tak semestinya mencintai

Mencintai itu seharusnya jujur dan ikhlas.


Sekian!!!

No comments: