Thursday, November 14, 2013

Selamat Hari Lahir Miss.Lia. 12 November 2013. Best memories for Mr.H...


Hai semua, tetiba rasa nak update something pulak. Pada 12 November 2013 adalah saat yang Mr.H nantikan la untuk bulan november nie. Nak tau kenapa? Of course la itu adalah tarikh lahir Miss.Lia.... Kalau yang mengikuti blog Mr.H nie of course dah kenal kan siapa orangnya? Kalau yang baru boleh la usya-usya entry dalam bulan Januari-Febuari 2013.... Banyak kisah Miss.Lia disitu. So Mr.H sebenarnya risau jugak takut terlambat wish dekat Miss.Lia nie sebab 11 November 2013, pada malamnya Mr.H masih dalam perjalanan dari Kedah ke Manjung,Perak.

Takut lambat sampai nanti lambat la nak dapat online dan lambat jugak la nak wish kan? Alhamdulillah la Mr.H sampai lebih kurang jam 11:30 malam, terus on laptop dan buka facebook.Ye la dekat facebook je la Mr.H nak ucapkan pun sebab tak ada no hanphone Miss.Lia nie. Dulu ada dia bagi tapi kejap dah tak guna no nie la, last-last terus lost contact dekat fon. Lebih kurang jam 12:10 pagi Mr.H wish dekat wall dia. Cer tengok gambar kat bawah nie... 



Lega rasanya hati dapat jugak wish kan reminder dekat hanphone nie pun lambat je bunyi. Nasib reminder di hati nie tak pernah melupakan. Haha jiwang pulak ayat Mr.H nie. Badan pun dah penat. Tak ada ape sangat nak melayan facebook dengan penat perjalanan 4 jam dari Kedah nie. Keesokan paginya Mr.H ada dapat 1 panggilan dari no yang tidak Mr.H kenali. Selalunya Mr.H memang tak kan angkat tapi risau jugak kalau-kalau panggilan penting dan kecemasan ke so angkat jugak la. Dengar macam suara perempuan je. Tapi still tak boleh nak teka sebab tak tau nak agak siapa yang call...

Tapi bila dengar orang tu ketawa je dah dapat tau Miss.Lia rupanya. Ya Allah, rasa happy sangat bila dapat dengar suara dia... Dia call no celcom Mr.H so Mr.H sms la no maxis Mr.H dekat dia dan dia call semula. Maklum la birthday girl. Maxis bagi la call free 1 hari. So berborak la kami berdua dengan cerita kehidupan masing-masing walaupun tak begitu lama perbualan kami berdua tetap menceriakan hari Mr.H sebenarnya. Mungkin dah terlalu lama masing-masing menyepi dan dunia Mr.H pun sunyi je sebab memang status single nie macam nie agaknya. Tambahan pulak Mr.H nie kurang berkawan.

Memang nak dengar sms masuk dalam inbox tu  jarang la kecuali operator celcom atau maxis je yang selalu hantar. Apa-apa pun bagi Mr.H ia adalah suatu kenangan yang Mr.H nak pahatkan di blog nie buat kenangan yang terindah Mr.H dalam bulan November nie. Sekali lagi Mr.H ucapkan Selamat Hari Lahir Miss.Lia, Nur Amalina, Dahlia Darius dan Nina... Walaupun orang yang sama je dalam 4 nama tu bagi Mr.H kesemuanya dah cukup untuk mengisi kekosongan hati nie dengan sedikit sinar keceriaan dari kesunyian yg berpanjangan. Insyaallah impian Mr.H cuma 1 je. Dapat duduk semeja dan minum bersama pun dah cukup dah. Mungkinkah akan jadi kenyataan? Kita nantikan bersama... 

Setakat itu sahaja update yang simple dan ringkas dari Mr.H.... Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati...

No comments: