Tuesday, October 20, 2015

The End Of AeinMushi Story

SALAM KERINDUAN....

Setelah sekian lama blog ini sepi tanpa coretan, akhirnya jari jemari ini kembali rindu untuk melontarkan kata-kata mengubat kerinduan jiwa penulis ini yang sedang bertukar kisah cinta.

Masih ingat lagi coretan terakhir sebelum blog ini sepi tanpa khabar berita. AeinMushi story. Untuk pengetahuan semua pembaca disini. Kisah bersama AeinMushi telah lama berakhir dan masing-masing telah membawa haluan kehidupan sendiri.

Cukuplah sekadar itu pembuka coretan kata pemula kembali coretan blog ini semula. Siapa salah bukan persoalan yang perlu diperkatakan. Anggap sahaja takdir yang telah menentukan hubungan kami berdua. Mungkin kami tidak ditakdirkan untuk menjadi Cinta yang berkekalan.

Ku tutup kisah bersamamu dengan sedikit kata-kata dengan harapan kau sedar dari kegagalan hubungan ini. Diriku telah cuba korbankan segalanya untuk pertahankan hubungan ini. Tapi Cuma setakat ini saja tahap kesabaranku yang mampu bertahan. Entry sebelum ini adalah pengenalan dirimu disini dan entry ini penamat kisah tentangmu. Nurul Ain Binti Baharum 3 bulan yang member 1001 kisah Cinta suka dan duka buat diri ini.

Mungkin sekadar itu saja pembuka kembali coretan sepi dari blog ini. Insha Allah akan ada lagi kisah indah bersama insan penyeri baru dalam Diari Dunia Samprit Ungu. Siapakah pencuri hati dan pengubat luka hati ini? Nantikan dalam update yang berikutnya. Setakat ini saja coretan dari hati. Terima kasih kerana sudi melawat lagi blog kecil ini. 

Terima Kasih kerana sudi membaca....

 



Post a Comment