Thursday, September 1, 2011

Kau Akan Kembali- Sudirman


Aku terima berita dari mu
Kau akan kembali seperti yang diduga
Bertahun berlalu kau berada dirantauan
Kau akan kembali ke pangkuan ibunda

Sawah terbentang dan padi menguning
Daun nyiur melambai angin timur membelai
Riak air di kali bagaikan bersedia
Membasuhi tubuh mu dari debuan kota

Sayup-sayup terdengar merdu suara seruling
Mendendangkan lagu anak desa
Kau pergi dahulu keranan dah jemu
Kau telah impikan satu hidup baru
Pahit manis seorang kembara
Segalanya telah kau rasa

Desa nan permai setia menunggu
Tiada bezanya seperti masa dulu
Namun kami semua tiada pernah jemu
Segalanya indah selalu

*Tiba-tiba aq rasa nak dengar blk lagu nie, rasa terbuai-buai mendgr lagu yg amat bermakna setiap liriknya... best sgt... lau nk dgr sila KLIK DISINI KAU AKAN KEMBALI-SUDIRMAN

No comments: