Saturday, August 17, 2013

Open House Raya Ke-4 Family Samprit Ungu


Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk update blog... Ramadhan dah pergi, sekarang syawal yang tiba, rasanya macam dah terlewat je nak update, tapi nak buat macam mana, kesibukan dengan aktiviti harian dan cuti yang telah tamat menyebabkan update kali nie delay agak lama... Ok lah, entry kali nie Mr.H nak share tentang open house.

Haaa tahun nie memang meriah la dari tahun-tahun yang sebelumnya. Bukan apa, selalunya kalau open house nie mama cuma akan buat untuk kawan-kawan mama je, dan kalau panggil pun cuma jiran-jiran terdekat je. Tapi tahun nie meriah sikit la sebab semua anak menantu dan cucu-cucu mama ada so dah macam kenduri je open house kali nie.. Jom layan gambar-gambar masa open house nie.

kuih raya, truffel(entah btol ke tak ejaan nie.. haha) dan jajan untuk kanak-kanak.


Aneka Kuih Raya Dalam Tuppaware... Malas nak pakai balang kaca...


Lemang... Ada jugak lemang ubi kayu tau... hehe first time dengar dan rasa...


Nie la truffel(tak reti nak eja.. haha)


Spagetti Ownmade... kering je kuahnya...


Menu-menu lain antaranya sate, nasi impit dan tembikai


Saudara sebelah mama mulakan acara...


Barisan anak-anak buah...


antara tetamu yang hadir.. semua orang kuat taman nie..


kak tini bersama anak-anak dan anak buah...


kakak & mama bersama jiran-jiran di taman nie..


Jiran dekat sebelah rumah...


kawan-kawan adik Mr.H


Pak Cik Din pun mai tengah borak dengan abah.


Kawan perempuan adik Mr.H... *yg kanan nie cun la... serius berkenan... hehe *gatai sat.


adik Mr.H bersama kawan-kawan sekolah teknik...


mama dan adik bersama tetamu.. *yg baju hitam tu mama berkenan nak buat menantu... haha 

hehe apa-apa pun gambar Mr.H dan Miss.H bersama rasanya antara paling bermakna la sebab 3 tahun kami tak berjumpa, seriously terkejut bila tengok my Miss.H sampai. Ye la, tak dapat mesej apa tetiba je dah sampai. Rupanya dia dah send wechat. Tapi Mr.H yang tak baca. Hehe macam biasa, salam dan pelukan mama semestinya tak kan terlepas untuk my Miss.H. Seronok dihati nie bila dapat jumpa walaupun segan-segan nak borak bersama.

Setelah 3 tahun, kami bertemu semula... Mr.H & Miss.H

Lebih kurang jam 5:00 petang, dua sahabat kesayangan pun sampai jugak. Sape lagi kalau bukan Cik Pieja dan Cik Kamila. Hehe memang dinanti k0t kehadiran mereka berdua. Siap simpan sate lagi untuk mereka berdua nie.. so lepas diaorang dah salam dan peluk mama terus Mr.H ajak diaorang masuk makan kat dalam rumah... Bukan ape, masa tu kawan-kawan adik Mr.H ramai kat luar, so segan la nak bg diaorang tengok dua sahabat nie makan sate....

Dua sahabat nie menjadi tetamu penutup la untuk majlis keluarga Mr.H tahun nie. Gambar tak sempat nak snap sebab Cik Pieja dah kelam kabut nak balik. Ruginyeee sebab kebetulan kami bertiga pakai purple. Kalau tak mesti best dapat snap gambar bersama. Tak ape la, tak ada rezeki. Rasanya setakat itu saja update kali nie. Thanks for reading.... 

Sekian Coretan Hati...

No comments: