Saturday, August 31, 2013

Coretan Mingguan 25-30 Ogos 2013


Alhamdulillah masih dapat update lagi untuk entry minggu nie... Kali nie lain sikit la cara update. Selalunya Mr.H update hari ke hari... Tapi minggu nie tak banyak sangat story nak dicoretkan so Mr.H just nak ambil moment yang Mr.H ingat je la ye. Hari isnin Mr.H meneruskan puasa 6 iaitu hari terakhir la hari nie. Serius cuaca panas dan tekak nie dahaga je. Plan hari nie nak beli nasi goreng je. Budget dalam pukul 6:45 petang nak keluar beli makanan untuk berbuka. Lebih kurang jam 6:30 petang dah turun hujan dengan lebatnya. Ya Allah, ujian last day puasa. Dengan juadah untuk berbuka tak beli lagi memang risau jugak la..

Alhamdulillah kejap je hujan dah berhenti. Syukur, doaku termakbul. So terus keluar beli juadah berbuka iaitu nasi kahwin dengan nasi goreng cina... Amboi sampai 2 bungkus? Macam lapar sangat je kan? Well biasa la. Lepas buka puasa Mr.H akan makan lagi sekali dalam pukul 10:30 malam. So malas nak keluar dah. Sebab tu yang tapaw 2 bungkus terus. Aktiviti malam nie cuma layan movie dan makan je sampai tertidur.

Nasi Goreng Cina...

Ais Cream favourite... lagi best dari Cornetto... hehe

Minggu nie jugak semasa subjek Wireless Communication Mr.H, Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina ada la kena buat satu lab work kajian tentang signal setiap jenis line handphone nie di dalam kawasan poli. So apa lagi, ronda 1 poli la kami berempat untuk buat kajian tu. Nasib la Mr.H dah raya dari puasa 6. Kalau tak, mau pengsan dibuatnya. Serius penat sungguh. Dari banggunan tingkat 7 kemudian ke tempat parking kereta students dan lokasi terakhir di hadapan library barulah selesai lab work kami berempat. Memang seronok jugak bila buat aktiviti luar kelas nie. Berpeluh jugak badan yang dah lama tak bersenam nie. Pada malamnya kena attack dengan En.Migrain la pulak. Serius teruk sebab rasa gelap je mata nie. Akhirnya lepas telan panadol activefast terus terlena sampai subuh... Ujian...

Haaaa kelmarin hari jumaat ada buat open house untuk semua penduduk Taman Jati(rumah parents Mr.H la). Memang ramai la yang datang. So majlis bermula pukul 4 petang dengan bacaan yasin oleh semua penduduk taman sebelum acara makan-makan dimulakan... Acara makan-makan?? Macam pelik je bunyinya. Menjamu selera la maksud Mr.H. Hehe jom layan sikit gambar yang sempat di-snap.

Bahan Untuk Soto..

Ketua Taman...

Sebaris Makanan...

Majlis Bacaan Yasin

Ucapan Aluan ketua Taman

Sate Vs Laicikang... haha

Muka berminyak... Mr.H... Sate, Sate...

Soto, Kuih Muih, Sate, Laicikang dan Sagu...

Akak, Mama dan Mr.H...

Hehe setakat itu saja coretan Mr.H untuk minggu nie... Simple je... Tak banyak sangat moment yang menarik minggu nie. Enjoy reading keyh. Terima Kasih sudi singgah kat sini... 

Sekian Coretan Hati...

No comments: