Sunday, August 25, 2013

Coretan 18-20 Ogos 2013... Blog Update...


18 Ogos 2013

Alhamdulillah lama kan Mr.H tak update coretan mingguan kehidupan Mr.H? Maaf la, sekarang nie memang busy sangat dengan aktviti harian. Sebelum nie busy dengan bantu mama buat kuih raya, sekarang baru la dah kurang sikit aktiviti Mr.H nie. So nak mulakan cerita hari nie dengan kisah pagi tadi. Lepas subuh, Mr.H kembali terlelap sebab malas nak pergi ke taklimat Diploma Lanjutan yang politeknik buat, lagipun majoriti students malas nak pergi ke dewan untuk dengar taklimat tu. So aktiviti Mr.H pagi nie lepas bangun tidur terus mengadap assignment la yang tak siap-siap lagi.

Alhamdulillah dapat jugak siapkan. Hari nie jugak first day Mr.H mula puasa 6. Lagipun dah 11 syawal, rasa sayang pulak kalau biarkan ia berlalu macam tu je. Mama pun start hari nie. Ada geng semangat sikit nak puasa. So aktviti Mr.H lepas buat assignment cuma layan drama inggeris bersiri iaitu Nikita. Memang best citer nie. Tak habis-habis lagi Mr.H layan yang season 2 nie. Sehinggalah pukul 1:20 petang terus pergi mandi, solat dan bersiap untuk ke kelas.

Sampai je kat poli terjumpa Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina tengah buat assignment kat kerusi batu kat tempat yang selalu jugak kitaorang lepak. Sambil tengok diaorang buat, ada jugak la diaorang tanya bab-bab dalam soalan yang diaorang tak paham. Hehe macam la Mr.H nie pelajar cemerlang sangat. So dah siap je terus kami berempat jalan bersama menuju ke kelas Wireless. Aktiviti dalam kelas hari nie memang membosankan. Dengan cuaca yang panas hari nie. Memang menduga kesabaran Mr.H la. Tengok pulak orang hirup teh ais, memang menguji kesabaran berpuasa la. Hadoi. Dugaan...

Balik ke rumah terus rehat dan sambung layan movie je sampai waktu asar. Nak tidur memang dah tak sempat sebab dah lewat sangat. Lebih kurang jam 6:50 petang Mr.H keluar untuk cari juadah berbuka. Hari nie memang malas nak keluar cari makan jauh-jauh so Mr.H pergi ke Tat Nasi Ayam je dekat dengan Hotel Dr.Rozmey nie haaa... Order nasi ayam special dan air barli ais. Lama jugak la menunggu walaupun bukan ramai orang sangat kat kedai nie.

Sampai je kat rumah terus mengadap lappy sementara azan magrib berkumandang. Dengan ulser kembar dekat tepi bibir nie memang hanya Allah saja yang tau bertapa sakitnya. Tekak pun macam nak hilang suara, batuk dan bila kena ulser nie rasa macam nak demam je. Tak ape la, ujian buat Mr.H. Allah nak uji samada sabar ke tak bila kita diberi kesakitan serentak dalam keadaan berpuasa nie. Mudah-mudahan dosa-dosa lalu akan diampunkan. Insyaallah.

Kedengaran azan dari surau belakang rumah nie berkumandang menandakan waktu magrib. Ya Allah, saat ini Mr.H rasa nikmatnya setelah seharian menahan lapar dan dahaga serta sakit. Benarlah kata-kata nikmatnya yang kita perolehi semasa kita berbuka puasa. Alhamdulillah, selesai hari pertama Mr.H. Insyaallah, semoga berkesempatan menghabiskan puasa 6 ini dengan sebaik mungkin. Aktiviti pada malamnya Mr.H keluar pergi beli sahur siap-siap. 

Nak makan nasi rasa malas nak keluar jauh-jauh so pergi kedai depan rumah nie je dan beli oblong untuk bersahur. Teringat pulak nak balik rumah macam bulan ramadhan dulu. Bestnya. Alahai. Seeriously, puasa 6 nie Mr.H rasa lebih nikmat dan rasa lebih sempurna dari puasa dalam bulan ramadhan. Bukan apa, semasa waktu sedang berpuasa dan waktu berbuka, Mr.H dapat rasakan kelainan yang amat sangat. Sukar nak diterjemahkan perasaan tu dengan kata-kata. Bersambung esok...

19 Ogos 2013

Pagi nie lepas solat subuh terus Mr.H capai towel dan mandi sebab ada kelas jam 8:00 pagi. Rakan-rakan lain masih lagi dibuai mimpi dan ada yang menyambung tidur selepas subuh. Siap lengkap berpakaian baju bengkel dan cermin mata terus panaskan enjin dan menunggu kawan-kawan yang lain untuk bersiap. Hari nie Mr.H tumpangkan kawan Mr.H ke politeknik. So sampai je kat poli, terus cari parking dan berjalan ke Makmal Telekomunikasi.

Aktiviti hari nie ada lab work je, tapi langsung Mr.H tak faham pun. Sebab masa buat lab tu rasa macam tak ada objektif je. Tapi lecturer yang baru nie memang kelakar habis la. Layan je la. Habis je kelas terus Mr.H lepak sensorang kat kerusi tepi toilet nie sebab Cik Pieja, Cik Kamila dan Zalina pergi makan. So tak kan nak join tengok diaorang makan kan puasa-puasa nie? Buat terliur je. Masa Mr.H tengah lepak sensorang kat kerusi nie, ada la dua ekor awek comel nie datang duduk kat kerusi yang sama. 

Slumber je diaorang buka roti gardenia perisa coklat(Mr.H tau walaupun membelakangkan diaorang) dan makan sambil gelak-gelak. Sabaq je la. Nasib baik Mr.H membelakangkan diaorang. Kalau tak dah boleh mengorat dah. Hahaha gatai sat. Tak ada la. Gurau je. Mr.H maintain macam budak Nerd je kat poli tu so tak ada awek nak pandang pun. "Huhu keep low profile is better than be person that can attract people especially girl because for me, special person is cannot be determine from his popularity but special person is can be known just for someone special". Entah betul ke tak bahasa omputeh Mr.H tu. Bantai je la.

So dah pukul 11:10 pagi, Mr.H berjalan ke kelas. Alhamdulillah kelas engineering math hari nie rasa macam lebih faham sikit. Mungkin berkat doa semasa berbuka puasa Allah dengar. Masa nak berbuka puasa tu, macam-macam Mr.H mintak sebab pernah dengar orang cakap masa tu waktu yang mustajab untuk kita berdoa. Rasa tenang je kelas hari nie. So lepas habis kelas terus ke taman siswa untuk beli makan tengahari. Makan tengahari? Opss jangan salah faham. Mr.H temankan kawan Mr.H yang tumpang pagi tadi nak beli makan tengahari... Hehe

Sampai je kat rumah tengok dah ramai kawan-kawan yang melepak kat ruang tamu. Buat la ape yang korang nak buat. Yang penting jangan kacau bilik Mr.H je la. Mr.H tak suka orang kacau privasi Mr.H. So sementara nak tunggu waktu zohor, Mr.H on netbook dan layan movie dulu. Dalam pukul 2 petang, terus capai towel dan mandi serta solat zohor sebelum selesa lena seketika menghilangkan rasa lapar dan dahaga nie. Ya Allah, panas sungguh cuaca hari nie. Rasa macam nak rebah je badan nie. Serius rasa tak larat dengan demam dan ulser nie.

Lama jugak la Mr.H tidur, sedar-sedar dah pukul 4:30 petang. Tengok rumah kosong dengan pintu terbuka. Mr.H memang tidur tak sedar ape dah. Geram sungguh la. Dah nak keluar rumah kalau tak nak kunci pun tutup la. Ini biar terbuka je. Dengan laptop 2-3 biji kat ruang tamu tu. Mudah-mudah je kalau nak kena curi. Pintu dah buka so jalan dan ambil je la. Lantak la. Barang sendiri, pandai-pandai la jaga ye. Mr.H tak nak ambil berat untuk jaga. It is your responsibility.

Jam 6:45 petang Mr.H keluar cari menu berbuka la.Rasa boring lak kalau nak makan nasi ayam lagi. So nak cuba tempat baru di taman Mahsuri nie. Nasi goreng ayam dan Milo kosong ais. Huwaaaa dua-dua FAIL la. Nasi goreng tak sedap dan milo kosong ais pun tak reti buat bro tu. Tak mau pi dah. Balik je Mr.H beli nasi lemak lagi dua bungkus dan kuih. Takut tak cukup. Macam tamak pulak kan? Hehe rasanya mampu habis tuuu... Mr.H kuat makan.

Tapi hari nie rasa lain la sebab demam dan badan pun macam menggeletar je. Rasa macam dalam badan nie ada 20% je hari nie. Serious tak larat. Alhamdulillah, hari ke-dua berpuasa 6 dapat disempurnakan. Aktiviti malamnya cuma menyusun atur gambar dalam hardisk yang bersepah dengan gambar semasa bulan puasa hari tu. Malam nie jugak Mr.H keluar minum dengan kawan-kawan. Lama dah tak lepak macam nie. Bukan apa, Mr.H silau tinggi so memang tak boleh nak bawak moto dan kereta bila malam. Tak clear mata nie. 

Pukul 11 malam jugak baru balik rumah sewa dan rehat untuk ke kelas esok. Esok jugak nak jumpa my ex sebab ada masalah sikit nak settle dengan dia... akan bersambung lagi... 

20 Ogos 2013

Coretan pagi nie bermula dengan selepas subuh terus mandi dan lengkap berpakaian untuk ke kelas. Kemudian Mr.H kembali terlelap sebab rasa tak larat sangat bila demam gara-gara ulser nie. Lebih kurang jam 8:30 pagi Mr.H terjaga dan terus cuci muka untuk ke politeknik. Dah agak dengan keadaan tak sihat macam nie memang akan terlewat jaga so untuk langkah berjaga-jaga supaya tak lewat ke kelas, kena la bersiap awal.

So kelas hari nie cuma buat lab yang gunakan RFID. Teringat pula semasa projek akhir semester lepas yang Mr.H dan dua budak cina cuba untuk buat projek dengan menggunakan sistem RFID nie. Tapi sayangnya tak berjaya dek kerana program yang susah. Lab work untuk hari nie, Mr.H serahkan kat Cik Pieja untuk buat, cer tengok gambar kat bawah nie, tekun tak?? hehe

mlas nak crop... direct from my insta....

RFID board... hehe
Well Cik Pieja nie memang seorang yang rajin. Banyak group subjek yang Mr.H bersama dengannya sejak dari semester 5 rasanya. Best sebab Mr.H nie jenis malas nak tulis-tulis nie. Nasib la untuk subjek Wireless nie Mr.H dapat group dengan 3 gadis-gadis. Hahaha Mr.H sorang je lelaki dalam group nie. Yang penting selesa dan kerja dapat jalan dengan sempurna. Habis je lab terus ke bengkel sebab lampu brek belakang motor tak menyala. Memang bahaya la sebab kereta tak perasan kalau kita slow pun.

So dari nak bergadai nyawa kerana lampu belakang baik pergi repair cepat sebelum terlupa. Selesai je repair moto tu terus balik rumah sewa, salin baju dan call my ex sebab nak pergi rumah dia ambil laptop dia yang ada masalah ape ntah. Merempit la ke pokok sena kejap. Sampai je kat rumah dia terus ambil laptop dia dan bagi dia pinjam kejap netbook Mr.H. Dia ada bagi kuih raya lagi. Nampak macam sedap. Memang la nampak sedap bila puasa nie. Nafsu semua tu.. Hahaha

Sampai je rumah terus jumpa mama, peluk dan salam sebelum on lappy my ex untuk repair apa yang patut. Nak kata pandai sangat bab-bab laptop nie tak ada la. Setakat check untuk ringankan apa yang tak perlu dari laptop tu boleh la. Biasa la perempuan bukan jaga sangat laptop nie. Macam-macam ada. Hehe so Mr.H buat la apa yang patut sampai pukul 2:30 petang dah pun siap. Terus pergi mandi dan solat zohor. Mama pun dah nak siap masak kari ikan untuk juadah berbuka jap lagi.

Lepas solat asar terus Mr.H merempit ke pokok sena untuk hantar lappy my ex. Kejap je dapat borak sebab dah lewat. Takut terlewat lak nak balik berbuka puasa dengan mama. Masa on the way nak balik dari pokok sena nie, ada la sebuah kereta nak keluar dari simpang dekat bukit tembaga nie. Langsung tak pandang arah Mr.H nie. Ape lagi hon non stop la. Bahaya kot main keluar macam tu. Nasib dia stop. Kalau dia keluar jugak tak tau la jadi ape kat Mr.H. Dengan kelajuan 90-100 kmj bila rempuh kereta macam tu rasanya boleh melambung tak pun patah riuk jugak la.

Serius kecut perut jugak la. Aduhai selalu sangat nak jadi macam tu. Alhamdulillah Allah masih melindungi Mr.H. Sampai je kat rumah terus duduk lepak dekat belakang rumah rehat kejap sebelum mama ajak keluar kat halaman rumah ambil angin petang sambil tengok upacara kematian jiran cina depan rumah nie. Dah macam perayaan dengan gendang, loceng dan tok sami segala. Masa tengah ambil angin tu, ada la jiran dekat rumah bagi buah mata kucing. Banyak btol. Rezeki untuk berbuka.

Aktiviti pada malamnya cuma format semula fon samsung nie. Sebab dah slow sangat. Sambil-sambil tu layan jugak bola antara kelantan dan pahang. Sementara mama layan telemovie Setia Hujung Nyawa Raya yang Mr.H download hari tu. Habis je bola saje je buka Astro Maya HD tetiba ada cerita Jodoh Itu Milik Kita. Ya Allah, lama dah Mr.H tunggu citer nie nak keluar. Hari nie dah episod 2 dah. Malas nak layan sangat sebab nak download nanti... Tapi setakat yang Mr.H tengok memang sebijik la moment dalam permulaan bab novel nie iaitu semasa Aariz dan Dahlia baru kahwin. Soalan "awk ok ke?" yang menjadi soalan yang sering dipertanyakan kepada Dahlia. 

Watak untuk drama nie memang sesuai la. Cuma cadagan Mr.H la. Untuk watak Syafiq tu kalau bagi Zulhuzaimi lagi sesuai sikit rasanya. Nanti je la Mr.H buat entry khas untuk Novel favourite nie. Liaaaaaaa... angan-angan kita dah jadi kenyataan, hehehe miss my memory from this novel. Hope it will stay alive forever and ever. Dahlia Darius tetap my Miss.Lia. Nobody can replace that. But who will be my Mrs.Perfect? Rahsia Allah, kepada insan masa depanku Jodoh Itu Milik Kita. Insyaallah. Keep praying the best for us to be together my love.

Sekian Coretan Hati Minggu Ini... Tak sempat nak update panjang lagi... Huhu..

No comments: