Monday, October 31, 2011

My Life Now

Salam, hurmm ntah la... tak paham aq dengan hidup aq sekarang nie, macam-macam masalah dilanda kat aq. Lepas 1 datang lagi masalah. Frust aq dengan hidup nie. Dengan pening pasal final exam da xbeberapa hari lg, masalah akan carry semester kalau xdapat pergi latihan industri, masalah peribadi yang memeningkan kepala aq. Hilang mood aq nak study sekarang... Final da xlama dh.. Hurmm ada sape-sape boleh bagi cadangan untuk hilangkan kekusutan memikirkan masalah-masalah nie?? Penat sangat-sangat. Rasanya xde sapa pun yang paham situasi aq sekarang. Aq cuma mahukan ketenangan dalam permulaan hidup baru tanpa ada lagi kenangan masa lalu.Cuma itu yang aq perlu. Dalam idup ini kita yang bergelar manusia sememangnya tidak pernah terlepas melakukan kesilapan dan kesilapan itu yang akan mematangkan kehidupan kita sebagai manusia yang lebih dewasa. Tapi diburu rasa bersalah akibat kesilapan lalu sememangnya igauan ngeri bagi sesiapa pun. Disaat diri ini dalam langkah perubahan kearah menjadi lebih baik dan insaf akan kesilapan lalu, DOSA-DOSA & KENANGAN LALU datang kembali menuntut balasan, sememangnya suatu yang amat menakutkan dan memusnahkan segala apa yang ada dalam kehidupan seseorang manusia itu. Doa sahaja yang mampu dilakukan, memohon ampun atas kesilapan dan ketelanjuran diatas segala kesilapan lalu. Disamping balasan akhirat yang akan menanti menuntut balasan atas segala perbuatan di dunia ini. Buat semua yang mengenali diri ini, seribu kemaafan ku pohon atas segala kesilapan diatas segala kesilapan dan ketelanjuran yang terjadi. Maafkan aq dan doakan yang terbaik buat aq dan korang. Terima Kasih semua dari aq, pemilik belog ini.

*p/s: doakan yg terbaik utk aq dan maafkan atas segala kesilapan ini. terutamanya buat Si Dia..



No comments: