Monday, November 18, 2013

Stress Cari Kerja... Hadoi....



Hahaha dengar tajuk pun macam dah teruk kan? Memang rasa tekanan la sebab bila dah habis belajar nie mesti nak cari kerja kan? So sementara nie menganggur la kejap. Tapi menganggur nie buat tekanan nie lagi tinggi sebab bila seseorang itu memikirkan tentang masa depan, rasanya lagi lambat dapat kerja lagi bertambah tekanan hidup nie. Bukan apa, kawan-kawan banyak yang update dah kerja tapi Mr.H still dekat rumah dan mencari kerja.


Family pun banyak bagi support dan bagi semangat supaya perlahan-lahan cari kerja. Da most Mr.H perlu hargai ialah mama, abah dan akak Mr.H di Manjung nie la sudi bagi Mr.H tinggal di rumah dia. Rasanya dekat 3 minggu Mr.H kat sini. Segan pun ada tapi memang target nak kerja di Manjung, Perak nie je lepas nie. Tak nak dah stay area Kedah dan Penang. Bukan apa, memang la dekat dengan mama abah, tapi rasanya nak jugak tinggal jauh sikit. Baru ada rasa berdikari sedikit. Kalau tak sampai bila kan asyik mintak tolong diaorang je.


Lagipun sebagai anak lelaki dalam family nie Mr.H kena lebih berdikari dan tak boleh sangat nak harapkan bantuan orang lain je. Dah 21 tahun umur nie so masa untuk berubah fasa pemikiran remaja nie kepada awal dewasa dah la. Target Mr.H rasanya nak survey kerja dan dapatkan kerja secepat yang mungkin la. Tak kisah kerja apa pun sekarang nie. Yang penting ada. Sesuai atau tak lantak lah. Tak boleh terlalu memilih sangat sekarang nie. Sebab peluang makin terhad dan bagi Mr.H, situasi untuk hidup Mr.H sekarang adalah TERDESAK.



Apa-apa pun harapan Mr.H agar dapat kerja cepat-cepat dan fokuskan untuk kehidupan Mr.H yang seterusnya. Opss sebelum terlupa. Account Personal Facebook Mr.H deactive-kan buat seketika sebab nak fokuskan cari kerja dan nak hilangkan masalah yang melanda account tu. So sesiapa yang nak contact Mr.H boleh je add di Wechat (samprit_ungu). Cuma wechat dan instagram je yang Mr.H active buat masa sekarang nie... Rasanya itu je kot nak merepek buat masa nie... Nanti Mr.H update lagi... 

Thank for reading...

Sekian Coretan Hatiku...


Thursday, November 14, 2013

Selamat Hari Lahir Miss.Lia. 12 November 2013. Best memories for Mr.H...


Hai semua, tetiba rasa nak update something pulak. Pada 12 November 2013 adalah saat yang Mr.H nantikan la untuk bulan november nie. Nak tau kenapa? Of course la itu adalah tarikh lahir Miss.Lia.... Kalau yang mengikuti blog Mr.H nie of course dah kenal kan siapa orangnya? Kalau yang baru boleh la usya-usya entry dalam bulan Januari-Febuari 2013.... Banyak kisah Miss.Lia disitu. So Mr.H sebenarnya risau jugak takut terlambat wish dekat Miss.Lia nie sebab 11 November 2013, pada malamnya Mr.H masih dalam perjalanan dari Kedah ke Manjung,Perak.

Takut lambat sampai nanti lambat la nak dapat online dan lambat jugak la nak wish kan? Alhamdulillah la Mr.H sampai lebih kurang jam 11:30 malam, terus on laptop dan buka facebook.Ye la dekat facebook je la Mr.H nak ucapkan pun sebab tak ada no hanphone Miss.Lia nie. Dulu ada dia bagi tapi kejap dah tak guna no nie la, last-last terus lost contact dekat fon. Lebih kurang jam 12:10 pagi Mr.H wish dekat wall dia. Cer tengok gambar kat bawah nie... 



Lega rasanya hati dapat jugak wish kan reminder dekat hanphone nie pun lambat je bunyi. Nasib reminder di hati nie tak pernah melupakan. Haha jiwang pulak ayat Mr.H nie. Badan pun dah penat. Tak ada ape sangat nak melayan facebook dengan penat perjalanan 4 jam dari Kedah nie. Keesokan paginya Mr.H ada dapat 1 panggilan dari no yang tidak Mr.H kenali. Selalunya Mr.H memang tak kan angkat tapi risau jugak kalau-kalau panggilan penting dan kecemasan ke so angkat jugak la. Dengar macam suara perempuan je. Tapi still tak boleh nak teka sebab tak tau nak agak siapa yang call...

Tapi bila dengar orang tu ketawa je dah dapat tau Miss.Lia rupanya. Ya Allah, rasa happy sangat bila dapat dengar suara dia... Dia call no celcom Mr.H so Mr.H sms la no maxis Mr.H dekat dia dan dia call semula. Maklum la birthday girl. Maxis bagi la call free 1 hari. So berborak la kami berdua dengan cerita kehidupan masing-masing walaupun tak begitu lama perbualan kami berdua tetap menceriakan hari Mr.H sebenarnya. Mungkin dah terlalu lama masing-masing menyepi dan dunia Mr.H pun sunyi je sebab memang status single nie macam nie agaknya. Tambahan pulak Mr.H nie kurang berkawan.

Memang nak dengar sms masuk dalam inbox tu  jarang la kecuali operator celcom atau maxis je yang selalu hantar. Apa-apa pun bagi Mr.H ia adalah suatu kenangan yang Mr.H nak pahatkan di blog nie buat kenangan yang terindah Mr.H dalam bulan November nie. Sekali lagi Mr.H ucapkan Selamat Hari Lahir Miss.Lia, Nur Amalina, Dahlia Darius dan Nina... Walaupun orang yang sama je dalam 4 nama tu bagi Mr.H kesemuanya dah cukup untuk mengisi kekosongan hati nie dengan sedikit sinar keceriaan dari kesunyian yg berpanjangan. Insyaallah impian Mr.H cuma 1 je. Dapat duduk semeja dan minum bersama pun dah cukup dah. Mungkinkah akan jadi kenyataan? Kita nantikan bersama... 

Setakat itu sahaja update yang simple dan ringkas dari Mr.H.... Thanks for reading... 

Sekian Coretan Hati...

Monday, November 11, 2013

Roti Paung Terangganu, Gambang dan Janda Baik... Happy Holiday...



Hye... Macam dah lambat je kan blog update kali nie... Memang dah terlambat dah pun, maklumlah sekarang nie memang sibuk dengan mencari kerja la. 31 Oktober 2013 merupkan hari terakhir Mr.H menghadapi peperiksaan sebelum sah menamatkan diploma di Politeknik. So beberapa hari sebelum 31 Oktober tu, akak Mr.H yang ada di Perak ada la call tanya nak ikut dia bercuti di Pahang tak? Kalau Mr.H nak hari jumaat 1 November 2013 Mr.H dah kena bertolak ke Perak la sebab 2 November dah nak pergi.... Akak Mr.H suruh naik bas je tapi Mr.H plak yang tak nak sebab tak reti sebenarnya. 

Mesti nak gelak je kan bila cakap tak reti? hehe memang tak biasa pun naik bas. Rela naik motor lagi rasanya. So hari khamis ada 1 paper last, kalau tak silap subjek Wireless Communication kot. Memang susah soalannya. Muka semua ketat-ketat je time menjawab dan Mr.H la orang pertama keluar dari dewan sebab awal pulak siap menjawab(yakin boleh jawab sebab banyak soalan yg spot masuk). Habis je exam terus pergi repair apa yang patut sebelum nak berjalan jauh esok dan terus balik ke rumah mama...

Pada petangnya hujan dengan lebat tapi macam mana pun tetap nak kena balik ke rumah sewa jugak untuk bawak balik semua barang. Ye la dah 3 tahun lebih duduk di rumah sewa yang sama dan kali nie masa untuk pindah so memang banyak la barang nak kena bawak balik. Mr.H pinjam kereta gebu(vios) mama dan terus drive ke Jitra. Takut jugak nak drive tapi bawak je la... Yang penting yakin je. Penuh jugak la barang di bonet kereta dan seat belakang. Dan pada malamnya terus kemas baju untuk dibawa ke Perak.

Pagi ini 1 November 2013, jam 7:00 pagi Mr.H dah mulakan perjalanan menuju ke Manjung, Perak. Perghh memang jauh la bak hang... Lebih kurang 5 jam jugak la perjalanan dengan bawak motor. Memang sakit pinggang la bawak motor jauh-jauh macam nie, tapi bila dah biasa Mr.H dah boleh budget nak rehat dekat mana, nak topup minyak dekat mana, alhamdulillah hampir jam 12 tengahari jugak la Mr.H sampai dirumah akak Mr.H. Pertama sekali call mama dulu sebab tak nak mama risau.

Keesokan harinya seperti yang dirancang perjalanan percutian Mr.H bermula. Lebih kurang jam 8 pagi kami mula bertolak dan singgah di salah sebuah kedai makan untuk breakfast dahulu. Dari Manjung kami mengikut jalan biasa sebelum keluar pada highway Sungkai rasanya. Mr.H pun tak berapa nak ingat... So destinasi pertama kitaorang ialah menuju ke Gambang, Pahang. Sepanjang perjalanan kerja Mr.H cuma pegang hanphone akak dan camera je. Snap je apa yang ada dan semestinya bentuk awan la subjek favourite Mr.H.


Semasa lalu di jalan Genting-Sempah tu la antara yang memeningkan sebab jalan dia macam nak pergi Balik Pulau, Penang ja. Di jalan nie jugak Mr.H dapat tengok pemandangan Genting Highland dari bawah. Aduhai memang cantik. Sepanjang perjalanan nie novel Love You Mr.Arrogant menjadi peneman tapi tak boleh baca sangat pun sebab rasa pening bila fokuskan mata dalam keadaan kerendaan bergerak. Lebih kurang jam 4 petang kami tiba di Homestay  di Gambang. Fuhhh penat sangattt... Jom usha gambar sikit...
Pemandangan Genting Highland dari bawah...
Menuju ke Gambang...
Tersandar kepenatan...
Bilik Tidur...

Ruang Tamu...
Dapur....
Untuk pengetahuan korang, homestay nie memang berhadapan je dengan Gambang Waterpark. So korang yang datang jauh-jauh macam Mr.H nie boleh la stay di homestay nie dulu sebelum nak pergi mandi di taman tema air tu. Rate untuk homestay nie antara Rm180-Rm250 je ikut jenis rumah. Macam rumah yang Mr.H stay tu dalam Rm180 je 1 malam. Dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 2 air cond dan 3 bilik air. Kalau nak nak masak pun boleh sebab peralatan dapur disediakan dan mesin basuh pun ada.

Aktiviti malamnya Mr.H dan akak sekeluarga berjalan-jalan di Kuantan je dan kembali ke homestay untuk rehat sebelum meneruskan percutian ke destinasi yang seterusnya. Keesokan paginya kami semua lost plan nak kemana. Mulanya percutian kali nie abang Mr.H akan join sekali tapi last minute dia demam pulak so tak dapat join. Kalau tak memang best la nak pergi mandi manda di Gambang Waterpark nie. Fikir punya fikir last2 kitaorang menuju ke Kemaman untuk cari Roti Paung. Actually Mr.H pun first time dengar nama roti paung nie. So dari Gambang kami melalui Cherating. Best jugak pemandangan di sepanjang perjalanan nie.

Sekitar pemandangan di Cherating...

Balai Polis Cherating...
Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
Akhirnya, setelah beberapa jam kami sampai ke destinasi yg dituju. Kalau korang dari Pahang kedai roti Paung nie teletak di sebelah kanan dan kalau korang dari Kuala Terangganu sebelum sampai di kedai roti paung nie korang akan nampak banyak orang jual jagung ditepi jalan. Cer tengok gambar yang sempat Mr.H snap. 

Nie la kedai Roti Paung tu...
Kalau dari Kuala Terangganu signboard nie sebelah kanan korang...
Roti paung... Yang nie jenis campur... ada banyak inti kat dlm nie... sedap.. hehe roti paung nie cuma ada kat sini je tau... memang susah nak dapat...
Singgah beli Satar dulu...
Pemandangan di Dungun... Kiri kanan kawasan terbesar Petronas... hehe
Belakang tu je laut...
Selepas mendapatkan roti paung, tak sah la kan kalau dah sampai ke Terangganu kalau tak makan keropok lekor yang paling sedap. So next destination of course la kedai keropok lekor 008. Memang setiap kali pergi ke Terangganu dekat sini la tempat yang mesti Mr.H akan singgah untuk beli keropok lekor dan losong. Sedar tak sedar dah terlewat sebenarnya Mr.H dan akak sekeluarga di Terangganu dan masanya untuk kami berpatah balik ke negeri Pahang. On day way nak ke Janda Baik, Mr.H ada singgah di kedai tepi jalan yang banyak jual keropok dan Satar. Mesti cuba satar kat sini sebab bukan selalu nak dapat jumpa.Memang jauh jugak la perjalanan kali nie. Ye la dari Pahang ke Terangganu kemudian berpatah balik ke Pahang. Jam 11 malam barulah kami tiba di Mak Lang Resort di Janda Baik... Letihnya badan nie...

Rumah Segi Tiga... Belakang nie je sungai...

Sungai... Keindahan Alam....

Sebelah kiri tu tempat nak buat bakar-bakar...
Jom mandi...
Mr.H tengah breakfast... Jom makan...
Nasi lemak bersama Satar... Memang sedap...
Nak mandi jugak... Sejuka bak hang... haha
The Royan Pahang... Awat la tak luruh.... hehe
Moment pagi... nak hisap madu... bunga nie putih pada waktu pagi tapi bertukar merah pada waktu petang...
Nature...
Selepas Hujan... Hari kedua disini...
Setelah 2 malam kami disini, dah tiba masanya untuk kembali semula ke Manjung,Perak. Sememangnya percutian kali nie antara yang best tapi kalau lagi ramai ahli keluarga Mr.H dapat join memang lagi best sebab di berada Resort nie memang  suatu ketenangan la... Kita dapat nikmati udara segar, jauh dari bunyi bising kerendaan, cuaca yang sejuk dan dapat rehatkan minda kita untuk seketika... Lepas dah checkout dari resort nie kami singgah di RnR Genting Sempah dan sempat jugak beli buah berangan nie... First time Mr.H makan. Sedap jugak sebab rasanya macam buah gajus yang dibakar. 

Signboard Genting-Sempah...
Usha apa? Mau beli belangan ka?? hahaha 1 kilo Rm18...
Buah Berangan...
No AES... Hahaha
Terowong Genting-Sempah...
Menuju ke Manjung...
Jauh jugak perjalanan melalui highway di KL nie. Dapat jugak Mr.H cuci mata melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Dan kami singgah di Masjid di Teluk Intan untuk solat. Mr.H ada ternampak signboard nie. Menarik jugak. Cantik mesej yang cuba disampaikan. Akak dan abang ipar pun bertukar driver sebab penat kan bila drive sorang-sorang nie. Alhamdulillah dengan izinNya kami selamat sampai di Manjung,Perak lebih kurang jam 5:00 petang.

BMW... hehe not just a car...
Ape maksud signboard nie?? any answer please?
Maaf kalau entry kali nie terlewat Mr.H update. Dalam kesibukan mencari peluang pekerjaan sekarang memang masa Mr.H untuk update disini adalah terhad disamping masalah double entry yang masih belum dapat dikenal pasti puncanya... Tapi blog ini akan terus mencoretkan segala kenangan dan warna kehidupan dalam Diari Kehidupan Mr.H.. Terima kasih kerana sudi membaca... 

Sekian Coretan Hati....