Wednesday, March 9, 2011

HuKuM cOuPLe!!!!!!

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah serta selawat dan salam kepada junjungan besar s.a.w.
Telah disepakati hubungan lelaki dengan perempuan tidak sama dengan lelaki sesama lelaki, ia adalah hubungan yang berlainan.
Wanita dicipta semulajadi memiliki sifat pada dirinya yang boleh menggoda lelaki dan lelaki secara semula jadi cenderung dan terpikat dengan wanita. Oleh itu, ikatan persahabatan melalui apa cara dan dengan apa-apa alasan akan membawa kepada fitnah (zina), dan fitnah adalah sesuatu yang dilarang oleh agama.
Menjalinkan ikatan persahabatan antara lelaki dan perempuan adalah haram berdasarkan firman Allah dalam surah an Nisa' ayat 25 dan al Maidah ayat 5 yang bermaksud :-
?ereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan", dan surah al Maidah ayat 5 yang bermaksud :-
"Dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan"
Dan kaedah "menutup pintu fitnah" dan di bawah maksud kewajiban menjaga kesucian yang menjadi alasan di sebalik hukum penjagaan tertentu seperti merendahkan pandangan, menggunakan bahasa yang lembut, bercakap di sebalik tabir dan sebagainya. Langkah-langkah itu dapat mengelakkan orang yang hatinya berpenyakit daripada melakukan niat buruknya terhadap wanita yang menjaga kesucian diri.
Cara untuk mencari pasangan
Sebagaimana yang disebutkan tadi, ikatan persahabatan tidak membawa kepada perkahwinan, tetapi sering membawa kepada finah dan kerosakan. Sebab itu persahabatan bukan cara yang betul untuk mencari pasangan hidup.
Di samping itu, persahabatan itu membawa kesan buruk kepada wanita seperti itu. Seorang yang ada sedikit pengetahuan agama tidak sanggup beristerikan wanita yang tangannya pernah dipegang oleh lelaki lain. Apatah lagi orang baik-baik dan beragama, dia tidak akan beristerikan wanita yang telah memiliki teman lelaki dan pernah keluar ke sana ke mari dengan lelaki yang bukan mahramnya. Benarlah seperti yang difirmankan oleh Allah dalam al Quran yang bermaksud:-
"Lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik".
Namun begitu, Islam tidak menghalang terus perhubungan antara lelaki dan perempuan, bahkan jika ada keperluan seperti berjual beli, di tempat kerja atau atas tujuan perkahwinan maka ia diharuskan oleh Islam mengikut cara-cara dan adab-adab yang ditetapkan.
Untuk tujuan pertunangan atau perkahwinan, lelaki boleh melihat wanita pada mukanya, tangannya dan sesetengah ulama' mengharuskan kakinya. Dari pendiriannya boleh diketahui ketinggian, dari wajah dilihat kecantikan rupa paras, hidung mancung, dari jernih dan sebagainya, dari tangan boleh dilihat warna kulit dan sama ada gemuk atau kurus. Untuk tujuan mengetahui kelakuannya ia boleh mencuri pandangan semasa ia bergaul, makan, bercakap dan sebagainya. Bagi perkara yang ingin diketahui boleh ditanya kepada orang tengah seperti rambut kerinting atau lurus dan sebagainya. Begitu juga berkenaan hal ehwal kesihatan.

 like this word "say NO to COUPLE, say YES to NIKAH"

No comments: