Wednesday, March 9, 2011

KEBAIKAN / KHASIAT BUAH TOMATO

Korang semua suka makan buah Tomato tak? Mesti ada yang suka kan? Ada juga buat tomato sebagai ulam dan juga dijadikan sebagai jus untuk minuman harian. Untuk pengetahuan semua, Tomato atau nama saintifiknya Solanum lycopersicum mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri.
Jika kita lihat, buah tersebut mempunyai pelbagai warna seperti kuning & merah. Majoriti buah tomato berwarna merah disukai ramai. Tapi ternyata juga ada yang tak minat dengan buah tomato ni hehe.. Mungkin ada yang tidak tahu kenapa tomato itu bertukar menjadi warna merah.

Warna merah itu disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Selain itu, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.

Ada sumber lagi mengatakan bahawa buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranannya adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

P/s: Kepada mereka yang ingin mengamalkan awet muda, cubalah makan buah tomato ni.. Tak payah cari ‘botox’ nak mencantikkan kulit. Jimat duit kan? Ha.. kepada mereka yang ingin menguruskan badan / diet pun boleh amalkan makan tomato ni. Sebab.. kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet! So , sesiapa yang  nak berdiet amalkan lah yer ..

sekadar berkongsi....

No comments: