Wednesday, July 25, 2012

Penatnya~~~Duit Ibarat Ayaq!!!

Salam,


Hari nie 25 Julai 2012, hari ke-5 kita semua berpuasa kan?? Aktiviti aq pada hari nie memang pack la sejak sahur tadi lagi... Bangun je pagi tadi dah pukul 4 lebih, terjaga dengan surah yasin bacaan ustaz Dzulkarnain yang aq pasang dekat handphone sebelum tidur semalam. Bukan apa, tiba-tiba rasa macam tak sedap badan je semalam, rasa seram sejuk je. Tak nak la fikir sangat, buat tambah rasa takut je. 


Ok la, back to da bangun sahur. Aq terus mandi dan bersahur dengan segelas air soya je. Tak ada selera nak makan nasi langsung. 4.55 pagi aq memulakan perjalanan pulang ke rumah sewa di Jitra sebab ada kelas jam 8 pagi. Hehe bawak motor time macam tu memang rasa seram jugak la sebab memang sunyi dan sejuk je. Aq balik ikut jalan jauh la sebab nak ikut short cut memang tak berani langsung dengan cerita-cerita seram yang aq dengar dengan bila lalu jalan tu. So jalan jauh nie pun aq tetap takut jugak sebab aq nie dikategorikan sebagai rabun dan silau jugak. Kalau bawak motor malam or gelap macam sebelum subuh tu, mata hanya tengok line jalan je... 


Sampai je kat area pokok sena motor macam tak stabil je, aq dah rasa tak sedap hati dah takut pancit ke, so masa sampai kat traffic light pertama aq stop dan check tayar ok je. Start je dari traffic light kat pokok sena tu langsung aq langgar je traffic light sampai la depan hospital sultanah bahiyah Alor Setar. Memang tak stop langsung. 


Lebih kurang jam 5.35 pagi aq sampai di rumah sewa. Masuk je dalam rumah sewa, terus terbaring dalam bilik aq beberapa minit... Baru je mata nie nak terlelap azan dari surau belakang rumah dah berkumandang. Dari nak tertinggal subuh tu baik aq solat siap-siap dan terlelap lepas tu sampai pukul 7.15 pagi. Serius penat giler bawak moto time macam tu. 


Kelas hari nie pun boleh dikatakan pack jugak la dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 tenghari. Habis je kelas terus balik rumah sewa jap, ambik beg dan terus balik rumah mama aq sebab esok kelas aq pukul 10 so sempat la aq balik lepas subuh. Petang tadi dekat 1 jam aq dekat bengkel motor, buat maintenance sikit. Hehehe Aduhai terbang jugak la RM160. Tapi untuk safety tak kisah la kan?? Macam kata cina kaya la. "Lu ada duit manyak, kalau mati duit tak boleh bikin apa lagi". Tak tau nak merepek ape dah malam nie... Esok je la update cerita best sikit... Selamat Malam... Thanks for reading... :)

2 comments:

Himawari Mirsada said...

stuju duit mcm air..coz air pn xlaju cm duit..hehe

Unknown said...

Hehe btol3... memang tak sedar bila dah keluar berbelanja...